Assalamualaikum.. Salam sejahtera dan selamat bercuti =)
Cerita cuti-cuti Malaysia belum berakhir. Kesempatan bercuti untuk menghadiri majlis convo angah dirancang sebaiknya. Memenuhi hajat mereka untuk mengembirakan kak nah dan melupakan kisah sedih yang baru sahaja kehilangan bonda, kami berjalan dan berjalan lagi...
Hanya setengah jam perjalanan dari rumah akak (puteri sulong kak nah) di Bentong, kami ke Colmar Tropicale Berjaya Hills. Mungkin sebab kami pergi bukan hari cuti umum atau cuti hujung minggu, pelawat dari Malaysia boleh dibilang dengan jari.. yang ramai kelihatan hanya para pelawat dari negara Timor Tengah.. Terasa macam kami pergi melawat negara arab pula.. hihi =)
hannan turun bawah bersama babah nak tengok swan serta ikan koi dari dekat..
di dalam kolam ini terdapat sepasang swan putih serta sepasang swan hitam.. bertemankan ikan-ikan koi
makan disini harganya terkejut mak!!!
sebatang ais krim cornetto rm5/- sabar je la.. =)
hampir semua restoran kosong... !!!
apa sudah jadi..hannan tak mahu keluar dari kedai.. semua permainan dia nak naik..
mereka-mereka yang banyak duit..buang duit siling di dalam kolam ini..jangan marah =)
angah dengan adik..teringin hendak masuk tengok..last-last hanya pacak dekat luar..
menyedut udara segar sambil meninjau keluar dari tingkat tiga..
dari tingkat tiga dapat lihat pemandangan sekeliling..
berjalan keluar.. konon hendak ke taman jepun.. tetapi sayang sekali kami sampai kesitu sudah jam enam petang. Waktu melawat taman jepun ditutup jam lima setengah...sedih :(