Assalamualaikum..salam sejahtera buat semua..
Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji hanya bagiMu Ya Allah..
![]()
Allah Ya Allah..
Sesekali pernah terfikir..
Sesekali timbul keinginan yang meruntun hati..
Mungkin ia hanya perkara biasa bagi sesetengah orang..
Dalam ingatan hanya ada nama tetapi tiada rupa. Andai berselisih sekalipun, pastinya saling tidak mengenali. Mungkin pernah bersua dimana-mana. Mungkin pernah berbalas senyum dimana-mana. Mungkin pernah saling bertukar pandang dimana-mana, lalu terdetik disanubari...
Macam kenal je..
Macam pernah jumpa je..
Tapi siapa dia..
Masa telah mengubah rupacara serta penampilan..
Pertemuan terakhir masa cuti akhir tahun.. tahun enam. Kawan yang sama membesar.. berpanas serta berhujan di sungai dan bendang. Ada yang tidak menyambung pelajaran ke sekolah menengah..
Kali terakhir berjumpa adalah pada majlis perpisahan selepas peperiksaan SPM. Salam perpisahan dengan noktah.. Langsung tiada pertemuan juga khabar berita selepas itu.. Tiga puluh tahun dahulu bukan seperti hari ini..
