Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..
Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah...
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan
para sahabat...
Satu soalan cepu mas diajukan ketika kak nah berpeluang mengikuti kursus untuk bakal-bakal pesara anjuran Kementerian Petahanan di pulau Langkawi tempohari..
"Apakah perancangan masa depan puan selepas bersara nanti. Berniaga, bekerja atau berkebun.."
Tindak balas spontan.. tanpa berfikir panjang, kak nah hanya menjawab..nama pun bersara, saya hanya ingin berehat, duduk goyang kaki di rumah, menikmati hari-hari yang bersisa dengan sepenuhnya....melakukan apa yang saya mahu yang saya tidak dapat lakukan sekarang. Saya mahu selalu bersama keluarga, bermain dan bermanja dengan anak cucu. Saya suka berjalan melihat tempat-tempat menarik.. jadi saya akan pergi melancong bersama keluarga mengikut kemampuan saya. Saya mahu belajar mengaji..mendalami ilmu agama sebagai bekalan yang akan saya bawa menuju ke alam abadi.. dan saya tidak pernah terfikir untuk bekerja, berniaga atau berkebun..
Dan.. semua peserta yang hadir pecah ketawa.. "cikgu" yang bertanya ketawa geleng kepala... :)
Menghitung hari.. cepatlah masa berlalu..
Kalau satu ketika dulu, waktu sebelum memajukan surat permohonan bersara pilihan, perasaannya tidak begini....