Quantcast
Channel: ~ Kak Nah Backyard (n_n) ~
Viewing all articles
Browse latest Browse all 190

~ Udang Galah Rompin ~

$
0
0
Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)

Salam pagi  minggu. Dah lama  tak tak cerita pasal masak memasak ni..Minggu ni angah dengan adik balik berhujung minggu dengan emaa dan akak pun ada, mood memasak memang a+ laa... Emaa memang suka memasak bila semua anak2 ada, yang tak rajinnya bila duk berdua dengan cik man, mula laa makan lauk tunjuk =)

Petang semalam emaa masak Kari Udang Galah yang dibawa Anuar Hisham dari Rompin. Semua tahu kan..Rompin memang terkenal dengan udang galahnya, emaa tanya cik man..nak masak apa, masak kari Kedah atau masak lemak Pahang..(tengok tu..konon2 nak ambil hati la..=)) atau nak masak macam orang Perak...selera satu Malaysia dah..=)
udang galah..segar2 lagi..

cik man buang kepala dan ekor..=)

akhirnya jadi kari..sebab semua orang suka makan kariii..=))
- (sila abaikan comot kat mangkuk tu sebab dah terusik baru teringat nak ambil gambar)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 190