Assalamualaikum..salam ceria2 selalu di pagi minggu =)
Hari rabu pertama puasa emaa bergerak dari kampung di Kedah balik ke Manjung. Hanya sempat bersahur sahaja dengan mak ayah, cik man nak balik awal sebelum berbuka. Emaa simpan perasaan sedih di dalam hati, semasa peluk cium mak ayah tu..emaa simpan air mata, bertahan jangan sampai keluar..buat muka ceria.. tunjuk senyum lawa. Tapi semasa dalam kereta, bila kereta mula bergerak..masa melambai-lambai tu., bila tengok mak menangis, terasa bersalah sangat-sangat..tetapi dah namanya isteri, kenala ikut cakap en. suami..ye tak? :(
Perjalanan melalui lebuhraya utara selatan menjadi lancar sebab tidak banyak kenderaan.. mungkin hari bekerja kut..tapi biasala apabila melalui jalan Changkat Jering - Sri Manjung, banyak lori, jadi ikutlah belakang lori sampai hujung..nak memotong jalan macam ular kena palu, banyak selekohnya. Nak dijadikan cerita, selepas Pantai Remis, lori treller di depan kereta emaa mungkin terlanggar sebatang kayu, agak2 sepanjang 1 kaki lebih sebesar lengan dewasa meluncur laju betul2 di hadapan emaa...spontan emaa menjerit dan mengelak kepala kebahu cik man..haha..dalam kereta pun boleh =). Walau cik man cuba mengelak, tapi terkena juga pada bonet depan kereta, serta cermin tepi. Cermin hilang dan bonet depan serta pintu bercalar nampak besi..:(
Alhamdulillah..orang kata malang tidak berbau, ajal maut menjadi rahsia Allah, emaa terselamat kerana sudah tertulis di Loh Mahfuz begitu jalannya. Allah Maha Kaya. Maha Pengasih.Maha Pengampun. Pertama Ramadhan bersama peringatanNya buat orang-orang yang mahu memahami.
Cuba bayangkan sekiranya kayu tersebut meluncur laju menuju ke arah cermin hadapan. menembus masuk. betul2 di kepala emaa. Syukor pada Allah atas nekmat usia serta kasihsayangNya.
Salam 5 Ramadhan =)