Assalamualaikum..salam semanis madu dan salam ceria2 selalu =)
Salam Lebaran Ke Empat di pagi minggu yang sejuk...hujan lebat kat Sitiawan pagi ni..amat sesuai untuk yang suka menarik selimut dan bergolek golek kemalasan..hehe. Selamat bertemu kembali buat semua rakan2 blogger. Semoga anda semua berbahagia dan bergembira bersama keluarga pada Lebaran kali ini.
Di kesempatan ini emaa ingin memohon ampun dan maaf zahir batin andai selama ini ada n3 n3 emaa yang menyentuh atau menyinggung perasaan. Terkasar bahasa juga terkurang..atau terlebih..
![]()

Hampir dua minggu langsung tidak berblog..juga tidak menjengah blog kekawan..Emaa bercuti awal dan menziarah anak di Kuala Rompin kerana (akak) baru sebulan berpindah kesana =).
Dan dari Kuala Rompin emaa ke Raub pada Rabu petang kerana tahun ini giliran emaa berhari raya di rumah MIL di Raub. Faham-fahamlah ya bila ramai-ramai berkumpul..memang tidak akan dan tidak ada masa pun untuk berblog ni..=)
Emaa bergerak balik pagi semalam. Dari Raub terus ke Putrajaya beraya di rumah mak su (adik bongsu emak emaa). Dan petangnya emaa bersama mak su yang lebih mesra emaa panggil cu saja.. ke Saujana Utama pula ke rumah pak tam (adik kedua bongsu emak emaa). Seronok dan meriah kan hari raya emaa tahun ni. Perjalanan yang panjang..jenuh duduk dalam kereta. Cuma sedih sikit sebab emaa tak sempat balik ke Kedah.Esok dah kerja :(
Selalunya bila tiba giliran beraya di Raub, emaa sekeluarga tidak merasa makan ketupat palas hanya makan lemang dan nasi impit kuah Kacang MIL yang memang sedappp.Walau sedih sikit sebab tidak sempat balik beraya di Kedah, emaa rasa puas juga sebab tahun ini dapat makan ketupat palas gulai daging seperti emak emaa buat.Di pasar Kuala Rompin emaa terjumpa ada orang jual daun palas..apa lagi terus beli dan terus beli daging kerbau sekali untuk dibuat kari cicah ketupat..

Salam Aidil Fitri maaf zahir batin buat semua yang emaa sayang =)
Selamat bercuti pada yang masih bercuti..