Assalamualaikum..salam jumpa lagi =)
Isnin selalunya hari yang sibuk..dari pagi sampai petang. Sibuk sampai rasa macam tidak cukup kaki tangan..sampai tak sempat nak toleh kiri kanan. Pagi mesyuarat. Petang mesyuarat..Mesyuarat makan..makan..=)
Cerita pasal makan..emaa nak kongsi pasal sambal hitam. Rumah MIL emaa kat Pahang memang popular dengan masak sambal hitam ni. Emaa kenal sambal hitam ni pun selepas jadi sebahagian dari orang Pahang. Kalau dulu-dulu emaa balik rumah MIL, emaa cuma pandai makan je lauk ni..tapi balik berhari raya kali ini emaa berpeluang belajar memasak sambal hitam ni dari my SIL. Masih belum terlambat lagi kan..
Tapi sayang di rumah MIL tidak ditanam pokok belimbing ni.. =)
Di rumah emak di Kedah pula, dahulunya memang ada pokok belimbing buluh ni, buahnya selalu dibiar jatuh berguguran begitu sahaja. Hanya sesekali diambil untuk di buat masak lemak bersama telor itik, atau kadang-kadang di bubuh di dalam gulai (kari ikan) atau dibuat kerabu belimbing. Sekarang apabila anak-anak sudah besar dan pandai makan masakan Sambal Hitam..sayang sekali sebab pokok belimbing buluh sudah di tebang kerana pengambilan tanah oleh kerajaan..:(
Sambal Hitam..walau hitam tapi amat sedap. Sekali rasa nak lagiii..!!
#
Jom cuba..
Cili padi
Ikan bilis (ditumbuk kasar)
Belimbing (direbus sampai hitam)
Gula & Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Emaa kisar cili bersama belimbing. Kemudian satukan dengan ikan bilis tumbuk tadi.
Tumis. Masak dengan api yang kecil sampai kering. Emaa biar sampai ikan bilis jadi garing..Bila makan, orang kata mak mertua lalu belakang pun tak nampak..dah lalu belakang, macam mana nak nampak ye tak..=)
Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi Bersama Tempoyak
Dan balik Kedah minggu lepas emaa sempat kutip pucuk ubi di rumah kakak. Baru sempat memasak. Petik sendiri, mesti hanya petik pucuk-pucuk muda sahaja kan..terasa lembut dan lemak-lemak manis. Emaa masak bersama tempoyak, petai dan ikan bilis. Alahai..memang menjilat jari laa.. =)
Hari ini terlebih rajin, emaa sempat memasak Sambal Bilis Cili Api Tempoyak Bersama Petai. Emaa memang suka lauk ni. Tak payah lauk lain pun tak apa..
Ada yang tergoda tak??
Salam sayang buat semua =)